Maklumat Lanjut berkenaan Stormreaders Network

Iklan

Thursday, January 6, 2011


Mari bersama Lajnah Ekonomi Pemuda menjalankan pernigaan online Stormreaders Network Sdn Bhd, banyak peluang masih terbuka untuk anda.

maklumat lanjut klik disini atau buat pra pendaftaran pada borang di atas blog ini .

Tuesday, August 24, 2010


Alhamdulillah , bisnes kedai buku online bersama STORMREADERS NETWORK berjalan lancar, sehari demi sehari ramai yang ingin termenyertai bisnes ini, produknya sungguh menarik iaitu , pelbagai buku ilmiah dan bahan bacaan hasil dari tebitan dari pihak Telaga Biru, Gelari Ilmu , Ana Muslim dan Tabung Haji .... dan dari masa ke semasa pihak stormreaders akan menambah lagi banyak bahan-bahan ilmiah berupa buku, koleksi vcd, cd dan lain-lain lagi...

Ucapan terima kasih kerana dengan bantuan sahabat saya web promosi http://jomstormreaders.com/zamadipenang dapat di buat dan di promosi ke ruang maya ini.... semua sahabat dan pelayar blog ini akan dapat maklumat secara ringkas mengenai bisnes stormreaders dan senarai produk yang di jualnya ...

Selain kita mendapat sebuah kedai buku online kita jugak dapat megumpul buku dan membuat sebuah koleksi perpustakaan mini di rumah , sungguh menakjubkan ...kepada sesiapa yang minat untuk menyertai bisnes ini sila layari http://jomstormreaders.com/zamadipenang daftar percuma dulu sebelum saya hubungi anda ...


Tuesday, June 15, 2010

Perniagaan Stormreaders Network Sdn Bhd


MENGAPA STORMREADERS?

PDFCetakE-mail
Dalam menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini,
pelbagai cabaran baru yang timbul dan perlu kita hadapi. Keadaan sebegini telah mendedahkan kita kepada kenaikan keperluan asas dan juga taraf hidup yang tidak stabil.

Untuk menghadapi situasi sebegini, ramai antara kita yang membuat keputusan untuk mencari pendapatan sampingan. Atas dasar tersebut, muncul pelbagai skim perniagaan seperti skim cepat kaya, skim perniagaan berangkai, skim amanah saham dan pelbagai lagi skim yang mungkin kita tidak ketahui akan kesahi
tolong-menolong

Wakil pengedar akan menolong ahli untuk memberi penerangan

hannya dari segi undang-undang dan yang lebih utama lagi halal dari segi perspektif Islam.

Stormreaders Network adalah merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam.

Sebelum meneroka perniagaan ini, Stormreaders Network Sdn Bhd telah mengadakan kajian yang mendalam selama lebih satu tahun. Antaranya seperti mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan mengadakan muzakarah dengan alim ulama di kalangan ahli muamalat, syariah semasa, undang-undang, ekonomi serta mereka yang berpengalaman luas dalam mengendalikan perniagaan rangkaian. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kekaburan dalam urusniaga selain daripada memastikan ia bertetapan dengan prinsip muamalat Islam.

berminat nak buat bisnes ini ... hubungi zamadi 0124888695 atau 0194467922

ym : md_zamadi@yahoo.com


Maklumat lanjut sila buat pra pendaftaran disini , pendaftaran ini percuma :





Monday, December 28, 2009

PENAPIS AIR IMTIYAAZ

IMTIYAAZ NANO ALKALINE TREATMENT SYSTEM

Teknologi kesihatan pada abad ke-21 menggunakan air Berteknologi NANO yang sangat baik untuk kesihatan. Air Berteknologi NANO dihasilkan melalui teknologi bio-ware yang menggabungkan Bio seramik semulajadi Jepun dengan kadar ketulenan yang tinggi, serta bahan plastik berkualiti. Air Berteknologi yang mengandungi NANO yang kaya dengan oksigen dimana ia adalah dalam butiran molekul air yang sangat halus. Cara pemprosesan berteknologi tinggi akan menghasilkan tenaga nano di dalam air yang dipanggil Air berteknologi NANO.

KELEBIHAN AIR YANG DITAPIS DARIPADA IMTIYAAZ

1. Mengandungi tahap alkali yang tinggi yang berupaya menyingkirkan segala toksid dalam badan hasil daripada pemakanan yang tidak seimbang.
2. Mengandungi kadar oksigen dan mineral yang tinggi yang diperlukan oleh badan manusia.
3. Molekul air yang halus (Teknologi NANO) dan mudah diserap oleh badan manusia.
4. Bersih, selamat dan tidak mengandungi kandungan yang membahayakan kesihatan.
5. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber yang halal & suci dan boleh diminum tanpa was-was.

IMTIYAAZ MEMPUNYAI KEBAIKAN TEKNOLOGI NANO

Bila molekul elemen menjadi kian kecil, electron yang menyelubungi atom-atom pada elemen-elemen akan menjadi aktif. Oleh itu, bahan yang berlainan elemen-elemen bila bersaiz nanometer, ia akan menghasilkan medan elektrik yang aktif yang dipanggil medan tenaga.

1. Molekul yang besar dan berselerak tidak dapat menembusi sel-sel badan kita, tetapi molekul yang tersusun dan kecil dapat menembusi sel-sel darah dengan mudah dan memperbaiki sistem metabolisme dan pertahanan badan.
2. Molekul yang kecil menembusi sel-sel badan membekalkan oksigen yang secukupnya, demi membantu memperbaiki pengaliran darah dan meningkatkan daya hidup sel tubuh, memberi anda gaya hidup yang sihat.
3. Akhirnya molekul-molekul kecil menyingkirkan toksin di sel-sel dan dikeluarkan melalui sistem pembuangan badan.

CIRI AIR YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

* Bebas daripada Pencemaran Bakteria dan Bahan Kimia — Air hidup mampu mencegah pembiakan organisma-organisma mikro penyebab penyakit dan bebas dari bahan kimia seperti klorin.

* Bermineral — Air hidup mempunyai zat-zat mineral dan mengandungi unsur-unsur surih dalam bentuk yang paling mudah diserap dan sedia digunakan oleh sel-sel badan.

* Berakali — Air hidup mempunyai pH beralkali untuk menyokong keseimbangan bendalir dalam badan. Keserasian ini sangat penting untuk memastikan badan dapat berfungsi pada tahap optimum.

* Saiz Molekul yang Kecil — Satu cara untuk mengukur saiz kelompok molekul ialah menggunakan Teknologi Getaran Magnetik Nuklear (NMR). Air hidup mempunyai saiz kelompok molekul yang lebih kecil dengan bacaaan NMR di bawah 50 Hz. Air biasa seperti air paip dan air suling mempunyai bacaan sekitar 128 Hz dan air mineral sekitar 95 Hz. Semakin kecil bacaan NMR, semakin kecil saiz kelompok-kelompok molekulnya. Air berkelompok besar terpaksa diuja oleh sel-sel badan sebelum ia dapat diserap dan digunakan untuk fungsi sel. Apabila usia kita meningkat atau sakit, keupayaan sel-sel menjalankan fungsi ini akan menurun.

* Beroksigen — Air hidup kaya dengan oksigen yang boleh digunakan terus oleh sel-sel.

* Potensi Mengurangkan Pengoksidaan — Air hidup mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan oksigen aktif dan meningkatkan keimunan badan.

* Mampu Diaktifkan dengan Tenaga yang Penting — Air hidup bergema dengan getaran penuh bertenaga dalam badan untuk mengekalkan kuasa dalam badan.

CIRI HEBAT RAWATAN AIR BERSAMA PENAPIS IMTIYAAZ

AIR bukan sahaja bagi menghilangkan dahaga malah penting untuk meningkatkan tahap kesihatan anda khasnya air yang beralkali tinggi. Tubuh yang sihat memerlukan darah yang bersih dengan tahap pH sekurang-kurangnya 7.36 (alkali). Air Imtiyaaz dengan bacaan pH 9.7 amat sesuai bagi merawat pelbagai jenis penyakit dengan mengurangkan keasidan dalam darah. Kandungan oksigen yang tinggi juga mampu mencegah kanser. Amat sesuai untuk penghidap darah tinggi, kencing manis, gout, kembung perut, gastrik dan lain-lain penyakit yang berkaitan dengan kekotoran dalam darah.

ANTARA KEBAIKAN RAWATAN AIR TEKNOLOGI NANO

1. Menghasilkan komponen bersifat nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat.
2. Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan.
3. Molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien.
4. Membekalkan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh.
5. Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum.
6. Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum.
7. Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan.
8. Nilai pH yang beralkali tinggi sesuai dengan keperluan badan. Amalan meminum air Imtiyaaz dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid.
9. Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.

TABUNG PENAPIS IMTIYAAZ

TABUNG PRE (LUAR) – Penapis Sedimen PP

-Langkah pertama untuk menangkis karat, habuk, tanah, sisa-sisa tercemar, klorin dan sebagainya.Cadangan penukaran: 3 hingga 6 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG A – Karbon yang diaktifkan dengan Granular NSF + KDF-55

-Untuk menyerap bahan seperti bau, rasa, besi berat, klorin yang berlebihan, dan bahan pencemar yang lain.Cadangan penukaran: 12 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG B – Blok Karbon Aktif

-Untuk menyerap warna, bau, sisa-sisa toksik (klorin, trihalometana, bahan kimia organik) dan radioaktif. Cadangan penukaran: 18 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG C – Penapis Tenaga Optimum

-Mengandungi lebih daripada 10 jenis mineral dan ion negatif yang diperlukan untuk badan manusia.
-Memperbaiki nilai pH air mendekati kealkalian.
-Mempunyai kesan anti-oksida.
-Memecahkan molekul air kepada pecahan kecil untuk penyerapan lebih baik dan memperbanyakkan kandungan oksigen dalam air.

Cadangan penukaran : 5 tahun bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG D – Blok Karbon Aktif Nano Perak

Menggunakan teknologi Nano dari Jepun yang dapat mengelak pertumbuhan bakteria secara berkesan. Membantu menangkiskan bahan kimia yang bahaya, sisa-sisa radioaktif dan besi berat (aluminium, merkuri dan sebagainya) yang mengancam kesihatan kita. Cadangan penukaran: 24 bulan bergantung kepada keadaan air paip.


Maklumat lanjut sila hubungi Saudara Azarizal - 012 4494700 , Saudara Saiful - 016 5992918

* Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan - Saudara Zamadi 012 4888695 / 019 4467922



Wednesday, December 23, 2009

Jualan Baju Jom Usrah

Assalamu'alaikum,

Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan dan Jabatan Tarbiyah membuat Jualan Baju Jom Usrah dengan harga RM 25.00 boleh menghubungi Zamadi - 012 4888695 , 019 4467922.
Atau Ust Afnan - 019 4146866.

Sampel




semua pemuda yang berusrah di galakkan memiliki baju ini...

Monday, October 5, 2009

KORBAN PERDANA PEMUDA PAS NEGERI

Dalam kita menenang pengorbanan Nabi Allah Ibrahim , sempena kedatangan Ibadah korban , Dewan Pemuda PAS Negeri akan mengadakan Majlis Korban Perdana Peringkat Negeri pada Raya ke 2, tempat di Markas PAS Pongsu Seribu, jam 8.00 pagi.

Kepada semua hadirin dan hadirat yang ingin menyertai ibadah korban ini bersama-sama boleh menghubungi no di bawah ini. RM 350/1bahagian

Ust Afnan - 019 4146866
Ust Yusni - 019 4500660
Zamadi - 012 4888695 / 019 4467922


Wednesday, September 30, 2009

Tempahan Baju Berjahit

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah untuk permulaan pihak LEPU Penang telah berkerja sama dengan sahabat pemuda untuk menjadi agen tempahan baju berjahit, untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami...


Monday, September 28, 2009

Senarai Barangan

Di sini disertakan senarai barangan yang di pasarkan dan di jual oleh Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan :

1. Produk Tok Guru.
2. Produk HPA - boleh daftar ahli group pemuda
3. Produk Halagel
4. Produk Bahan Pencuci
5. Barangan Halal / Muslim Produk

Produk Baru Dalam Pasaran

Insya'Allah dalam usaha Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan mencari dana untuk menampung setiap program Pemuda Negeri. Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar akan memasarkan barangan halal kepada semua masyarakat Islam Pulau Pinang.

Produk terbaru yang akan di pasarkan dan adalah Air Minuman Zam-Zam Cola .

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Akhi Zamadi - 0124888695

Saturday, September 12, 2009

BAJU MANSUH ISA

Assalamu'alaikum,

Kepada semua pemuda dan masyarakat penang yang ingin membeli baju mansuh isa boleh berbuat demikian dengan menghubungi ana - zamadi - 1024888695 / 019 4467922

i. Baju berkolar - RM 25
ii. Baju Round Neck - RM 15
iii. Baju Lengan Panjang - RM 18
iv. Baju Muslimat - RM 25